Store exclusive services : High Quality(Strictquality inspection) Fast shipping(we shipwithin 24 hours)  Free Gift(Cute Gift Random send)
Islamic Cartoon for Kids

Islamic cartoon for kids membantu anak-anak uols tentang asas-asas agama Islam. Jadi, uols amat digalakkan untuk ajak anak-anak supaya menonton kartun yang berunsurkan Islamic.

Kartun Islamic merupakan satu alternatif untuk hiburkan anak-anak uols. Bahkan anak-anak juga dapat mempelajari tentang Islam dan nilai-nilai murni.

Jadi, Amy cadangkan uols tonton Islamic cartoon di platform Durioo+.

Durioo+ Merupakan Platform Islamic Cartoon for Kids yang Selamat untuk Anak-anak

Buat pengetahuan uols, Durioo+ merupakan sebuah platform Islamic cartoon untuk kanak-kanak Muslim. Kewujudan Durioo+ dapat mendedahkan anak-anak terhadap asas-asas ajaran Islam dengan mudah dan selamat.

Secara tidak langsung, anak-anak mendapat ilmu sambil berhibur dengan Islamic cartoon yang disediakan oleh pihak Durioo+.

Kartun Islamic menerusi Durioo+ menjadi platform untuk anak-anak uols belajar mengenai Islam seperti belajar mengaji, solat, selawat dan sebagainya tanpa konten yang tidak bersesuaian.

Durioo+ dijamin selamat untuk si cilik uols tanpa perlu melihat konten-konten yang bercanggah dengan Islam.

Selain itu, Islamic cartoon for kids di Durioo+ menampilkan lagu atau nasyid serta zikir dengan menerapkan nilai-nilai murni yang mudah diingati oleh si cilik.

Justeru itu, uols perlu dapatkan Durioo+ dengan harga RM77 sahaja selama enam bulan kerana platform ini menyediakan konten Islamik yang menarik dan selamat.

Contohnya, anak-anak dapat berhibur dan belajar agama dengan kartun Islamik tanpa gangguan konten yang negatif seperti mabuk, Christmas, agresif dan banyak lagi.

Jadi, anak-anak dapat belajar dengan lebih banyak tentang Islam selain di tadika atau sekolah melalui Durioo+ dengan lebih yakin dan selamat.

Animasi Bercorak Islamic yang Menarik di Durioo+ | Islamic Cartoon for Kids

Uols mesti nak tahu animasi yang bercorak Islamic dan menarik untuk ditonton bersama anak-anak uols, kan? Ayuh Amy kenalkan kepada uols animasi yang bercorak Islamic di Durioo+!

Buat pengetahuan uols, Durioo+ mempunyai variasi kartun yang bercorak Islamic dan menarik untuk ditonton seisi keluarga.

1. Little Ammar

Little Ammar merupakan salah satu siri animasi kanak-kanak yang bertemakan Islamic terbitan Durioo+. Jadi uols boleh ajak anak-anak tonton Little Ammar dengan melanggan Durioo+.

Antara kelebihan animasi ini termasuklah:

  • Mengandungi nilai-nilai moral dan ciri-ciri Islam yang dapat dijadikan teladan untuk anak-anak terutama yang berusia satu hingga sembilan tahun.
  • Berjaya menambat hati kanak-kanak melalui lagu-lagu yang disampaikan. Setiap lagu yang diperdengarkan untuk kanak-kanak disertai dengan unsur Islamik.
  • Anak-anak uols dapat belajar mengaji, doa-doa harian, perihal Allah SWT dan Rasulullah SAW. Anak-anak dapat menghafal dengan lebih mudah melalui lagu yang dimainkan pada setiap episod.

Justeru itu, Little Ammar merupakan animasi Islamic yang menarik dan banyak bercerita tentang Islam dan doa-doa untuk si cilik.

2.  Hafiz & Hafizah

Hafiz & Hafizah juga animasi yang bercorak Islamic dan menarik untuk ditonton oleh kanak-kanak di Durioo+. Animasi dari Indonesia ini mendapat sambutan hangat dalam kalangan masyarakat.

Menerusi kartun Islamic ini, si cilik uols akan didedahkan dengan pelbagai watak yang menjalani kehidupan seharian dengan patuh terhadap ajaran Islam.

Selain itu, Hafiz & Hafizah menjadi medium untuk anak-anak uols dapat mengenal adab Islam, mengaji al-Quran, lagu-lagu Islamik dan sebagainya.

Oleh itu, Hafiz & Hafizah merupakan kartun Islamic yang menarik untuk mendidik anak-anak di samping berhibur dengan rancangan tersebut.

3. Mina Mila

Mina Mila merupakan kartun Islamic yang sesuai untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun. Mina Mila merupakan kakak kembar kepada Little Ammar.

Animasi ini menampilkan Mina Mila yang belajar menyelesaikan banyak masalah dan menjalani kehidupan dengan nilai-nilai Islam.

Jadi, anak-anak uols dapat berhibur sambil meneladani nilai-nilai Islam dan moral. Uols tidak perlu risau terhadap adanya unsur-unsur yang tidak baik untuk anak-anak.

Kesimpulannya, uols terutama yang Muslim perlulah memilih Durioo+ untuk menonton Islamic cartoon for kids agar dapat membentuk akhlak yang baik dan tidak terdedah kepada perkara yang negatif.

Nak Dapatkan Info Lanjut Tentang Kami?

Uols berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Islamic cartoon for kids? Atau uols nak terus langgan Durioo+? Jom klik link ini!