
Kartun Islamik Malaysia sudah tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Hal ini kerana, majoriti rakyat Malaysia menganut agama Islam.
Penerimaan masyarakat terhadap kartun Islamik amatlah baik. Ibu bapa juga sepatutnya mendedahkan kartun Islamik kepada anak-anak.
Kita sedia maklum bahawa siri animasi merupakan salah satu hiburan untuk anak-anak. Secara tidak langsung, animasi kartun Islamik ini juga dapat mendidik anak-anak tentang ajaran Islam.
Justeru itu, Durioo+ merupakan pilihan terbaik untuk tonton kartun Islamik buat si cilik uols.
Jom Kenali Durioo+ dan Kartun Islamik Malaysia
Buat pengetahuan uols, Encik Sinan Ismail telah melancarkan Durioo+ yang menjadi platform khas untuk kanak-kanak Muslim menonton kartun-kartun Islamik.
Platform digital ini patuh syariah dan penuh dengan elemen pembelajaran Islam dan nilai-nilai murni untuk kanak-kanak.
Durioo+ menghasilkan koleksi kartun Islamik dalam menyampaikan mesej-mesej Islamik kepada si cilik uols. Jadi, terdapat beberapa kartun Islamik yang diterbitkan oleh Durioo+ untuk kanak-kanak.
Jom Amy perkenalkan kepada uols antara kartun Islamik terbaik yang ada di platform Durioo+.
1. Mina Mila
Mina Mila merupakan salah satu siri animasi Malaysia yang diterbitkan oleh Durioo+. Mina Mila merupakan siri animasi terbaru yang menyasarkan penonton berusia 5 hingga 12 tahun.
Siri animasi ini mengisahkan tentang kehidupan kanak-kanak kembar seiras bersama keluarganya. Animasi ini menerapkan nilai-nilai keagamaan yang mudah dipelajari oleh si cilik uols.
Watak Mina dan Mila dilihat sentiasa menyebut perkataan yang baik seperti Assalamualaikum, MasyaAllah, Alhamdulillah dan lain-lain.
Di samping berhibur dengan gelagat lucu Mina Mila, anak-anak juga dapat belajar sesuatu menerusi animasi ini. Mina Mila merupakan animasi yang sesuai ditonton seisi keluarga.
Justeru itu, kartun Islamik Mina Mila ini dapat mendidik si cilik uols tentang nilai-nilai murni dengan lebih cepat dan mudah.
2. Little Ammar
Little Ammar juga merupakan siri animasi baharu yang diterbitkan oleh Durioo+. Little Ammar menampilkan seorang kanak-kanak lelaki bersama arnab kesayangannya, Rapbit.
Animasi ini sesuai untuk anak-anak uols yang berumur satu hingga enam tahun. Little Ammar menerapkan lagu kanak-kanak, zikir dan video pembelajaran untuk penonton cilik. Jadi, anak-anak uols dapat belajar sambil berhibur dengan Little Ammar.
Kelebihan Menonton Kartun Islamik Malaysia di Platform Durioo+
Buat pengetahuan uols, kartun Islamik bukan sekadar animasi untuk hiburan anak-anak uols. Namun begitu, kartun Islamik mampu memberikan manfaat atau kelebihan untuk anak-anak.
Jadi, Amy syorkan uols untuk menonton kartun Islamik di platform Durioo+ kerana banyak manfaat untuk uols dan anak-anak.
Apa kelebihan menonton kartun Islamik di Durioo+ ni? Jom Amy bagitahu uols!
Selain itu, anak-anak dapat berhibur dengan lebih selamat kerana Durioo+ mengandungi konten yang baik dan nilai Islamik yang sesuai untuk si cilik.
Jadi, uols tak perlu risau anak-anak terdedah dengan perkara yang tidak sepatutnya ditonton oleh kanak-kanak bawah umur yang sudah seringkali berlaku di platform lain.
Durioo+ juga tersedia dalam pelbagai bahasa seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan lain-lain.
Video dalam platform ini juga boleh dimuat turun dan uols dapat menonton secara offline. Anak-anak juga selamat daripada iklan-iklan yang mempunyai kandungan negatif.
Tawaran harga untuk langganan Durioo+ juga serendah RM77 untuk enam bulan dan terdapat 800 lebih video dalam platform ini.
Oleh itu, Durioo+ merupakan platform kartun Islamik yang mesra keluarga, selamat dan tanpa iklan yang negatif. Uols juga dapat mendidik anak-anak tentang keagamaan dengan lebih yakin.
Nak Dapatkan Info Lanjut Tentang Kami?
Uols berminat nak mengetahui lebih lanjut tentang kartun Islamik Malaysia? Atau uols nak terus langgan Durioo+? Jom klik link ini!