Store exclusive services : High Quality(Strictquality inspection) Fast shipping(we shipwithin 24 hours)  Free Gift(Cute Gift Random send)
Sand Art Supplier Malaysia

Bermain pasir sudah menjadi fitrah kanak-kanak. Tapi, uols sebagai parents mesti risau tentang keselamatan anak-anak kan? Amy cadangkan uols untuk hubungi KidsterActive, iaitu sand art supplier Malaysia untuk anak-anak bermain dengan selamat.

Uols sebagai parents semestinya risau kalau anak terkena penyakit atau jangkitan kuman. Tambahan pula, kalau anak-anak minat bermain pasir. Jadi, uols akan cari jalan penyelesaian agar tidak menghalang anak-anak daripada bermain.

Uols tak perlu risau kerana sand art dapat menggantikan pasir untuk anak-anak bermain. Bermain pasir juga membantu perkembangan anak-anak uols.

Sand art supplier Malaysia

Manfaat Bermain Pasir untuk Anak-anak | Sand Art Supplier Malaysia

Sand art supplier Malaysia

"Jangan main pasir, kotor tangan nanti. Haa ... jangan pegang pasir banyak kuman."

Demikianlah jerit si ibu apabila melihat anak-anak bermain pasir. Sebagai parents, memang nak elakkan anak dari terkena jangkitan virus dan bakteria. Tapi uols perlu tahu bahawa bermain pasir ada manfaatnya. Jom Amy bagitahu manfaatnya kepada uols.

1. Merangsang motor halus anak-anak

Betul ke bermain pasir dapat merangsang motor halus anak uols? Betul la uols. Hal ini kerana, bermain pasir melibatkan pergerakan anggota tangan anak-anak.

Sebagai contoh, mereka menghancurkan pasir, menggengam dan menggumpal pasir tersebut. Aktiviti inilah yang dapat membina otot kasar dan otot halus kanak-kanak.

Jadi, uols perlu biarkan anak-anak untuk bermain pasir yang selamat seperti sand art sekiranya risau anak-anak terkena penyakit.

2. Membantu perkembangan bahasa dan sosial

Kalau uols nak melatih anak-anak berkomunikasi, uols ajak kawan-kawan mereka untuk join bermain bersama. Apabila ada kawan-kawan bersama anak uols maka, mereka akan saling berkomunikasi antara satu sama lain melalui aktiviti bermain.

Justeru itu, perkara ini dapat memupuk kemahiran sosial serta bahasa anak-anak uols. Kemahiran sosial amat penting untuk anak-anak menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling mereka.

3. Membina daya kreativiti anak-anak | Sand Art Supplier Malaysia

Aktiviti bermain pasir membolehkan anak-anak membentuk pelbagai objek menggunakan pasir. Maka, kita dapat lihat tahap anak-anak berfikir serta kreativiti mereka.

Contohnya, anak-anak membina istana menggunakan pasir. Jadi, uols dapat lihat bagaimana mereka berfikir untuk membentuk sebuah istana.

Oleh itu, uols perlu dapatkan sand art daripada sand art supplier Malaysia untuk membina daya kreativiti anak-anak. Anak-anak uols juga dapat berfikir dengan kritis dan kreatif.

4. Membantu deria anak-anak

Buat pengetahuan uols, pasir merupakan salah satu bahan deria yang sesuai untuk kanak-kanak. Terutama untuk kanak-kanak yang dalam proses menerokai dunia dengan sentuhan.

Jadi, bermain pasir dapat membantu mengaktifkan deria sentuhan anak-anak uols. Mereka dapat rasa tentang tekstur pasir seperti basah atau kering. Mereka juga dapat mengetahui warna dan bau pasir.

5. Menggembirakan hati anak-anak

Aktiviti bermain pasir dapat menggembirakan hati anak-anak uols. Sebab apa Amy berkata sedemikian? Sebab anak-anak boleh bermain pasir dengan pelbagai cara.

Justeru itu, Amy syorkan uols untuk dapatkan sand art kerana anak-anak dapat menghasilkan pelbagai lukisan menggunakan pasir.

Uols ajak sekali kawan-kawan mereka bermain bersama. Pastinya mereka senang hati kerana dapat bermain pasir bersama kawan-kawan.

Di Mana Nak Cari Pasir yang Selamat untuk Anak-anak? | Sand Art Supplier Malaysia

sand art supplier Malaysia

Uols mesti terfikir macam mana nak dapatkan pasir untuk anak-anak. Takkan uols nak ambil pasir kat pantai. Sememangnya, pasir di pantai tak selamat untuk anak-anak kan.

Pada masa yang sama, uols sebagai parents tak nak halang anak-anak dari bermain pasir. Uols jangan risau kerana zaman sekarang dah ada pasir yang selamat untuk anak-anak, iaitu sand art.

KidsterActive merupakan salah satu syarikat supplier sand art di Malaysia. Uols boleh dapatkan pasir yang pelbagai warna untuk anak-anak dan dijamin selamat.

Selain itu, KidsterActive juga menyediakan sand art yang organik untuk anak-anak uols. Jadi, uols tak perlu risau tentang virus atau penyakit.

Akhir kata dari Amy, uols dah tak perlu risau tentang kuman apabila anak bermain pasir. Jom dapatkan sand art yang dijamin selamat untuk anak-anak uols! Anak-anak ceria, uols senang hati.

Nak Dapatkan Info Lanjut Tentang Kami?

Uols berminat nak mengetahui lebih lanjut tentang sand art di KidsterActive? Ayuh hubungi kami di sini.

Sekiranya uols ingin lihat servis lain yang kami tawarkan, boleh layari laman web KidsterActive.