Store exclusive services : High Quality(Strictquality inspection) Fast shipping(we shipwithin 24 hours)  Free Gift(Cute Gift Random send)
Sand Art Supplier Malaysia Bantu Mengasah Kreativiti Anak-anak

Mommies & Daddies masih mencari sand art supplier Malaysia untuk beraktiviti bersama anak-anak ke tu? Jika ya, mari sini kami kongsikan!

Kalau nak dapatkan supplier sand art terbaik di Malaysia, Mommies & Daddies boleh dapatkan terus bersama KidsterActive. Sand art kami mempunyai pelbagai jenis lukisan dan corak menarik tau! Bukan sahaja anak-anak dapat bergembira sambil mewarna, malahan ia sekali gus dapat membantu mengembangkan kreativiti mereka.

Memang benar bahawa bermain sand art ini sangat bagus untuk mengasah kreativiti si kecil, namun adakah Mommies & Daddies tahu bagaimana ia dapat membantu mengasah kreativiti mereka? Haaa kalau Mommies & Daddies nak tahu, kenalah baca sampai habis ya...

Alamakkk, Sand Art Ni Apa Sebenarnya? | Sand Art Supplier Malaysia

Sebelum meneruskan perkongsian kali ini, mari kami kongsikan apa itu sand art. Untuk pengetahuan Mommies & Daddies, sand art adalah sebuah aktiviti kraf menggunakan pasir berwarna. Pasir tersebutlah yang bakal digunakan oleh anak-anak sebagai warna dalam menghasilkan sebuah gambar atau lukisan yang lebih menarik.

Untuk menghasilkan sand art ini, anak-anak akan memerlukan set kad lukisan sand art, pasir berwarna-warni dan lidi seperti gambar di bawah. 

Sand art ini akan terhasil apabila pasir-pasir berwarna tersebut ditaburkan ke atas kad lukisan. Apabila si kecil sudah siap mewarnakan kesemua bahagian, maka hasil tersebut bolehlah Mommies & Daddies framekan nanti. Bolehlah buat kenang-kenangan gitu...

Jadi, jika Mommies & Daddies tidak pasti nak dapatkan sand art ni di mana, maka jawapan mudahnya adalah dapatkan sahaja daripada KidsterActive, salah satu sand art supplier Malaysia yang terbaik!

Tapi, Bagaimana Sand Art Boleh Membantu Mengasah Kreativiti Anak-anak?

Untuk pengetahuan Mommies & Daddies, anak-anak yang berkemampuan untuk berfikir secara kreatif ini sememangnya istimewa kerana ia merupakan sebuah kemahiran yang perlu diasah sejak kecil lagi.

Anak-anak yang kreatif boleh membantu mereka untuk lebih berdikari, bijak menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat dengan lebih mudah. Kami pasti, elemen-elemen inilah yang para Mommies & Daddies idamkan di dalam diri setiap anak-anak.

Justeru, dengan bermain sand art inilah, ia mampu memupuk dan menonjolkan kemampuan mereka untuk berfikir secara kreatif, di samping menghasilkan seni yang menarik. Di sini, kami turut kongsikan beberapa aspek bagaimana sand art dapat membantu mengasah kreativiti anak-anak anda.

1. Cara Memilih Kad Lukisan Sand Art di KidsterActive, Sand Art Supplier Malaysia

Pertama sekali, Mommies & Daddies boleh perhatikan kreativiti anak-anak dengan cara pemilihan kad lukisan sand art. Perhatikan pilihan corak lukisan yang mereka pilih, kerana ia menunjukkan kreativiti dan minat mereka terhadap karakter tersebut.

Di KidsterActive, kami ada menyediakan pelbagai kad lukisan dengan pelbagai karakter kartun, haiwan dan corak kesukaan si kecil yang boleh anda lihat atau pilih di senarai koleksi sand art ini. Ha, rambang mata tak tu? Hehe...

2. Pemilihan Warna

Ketika bermain sand art, anak-anak juga dapat bermain dengan warna-warna yang berbeza bagi memenuhi setiap ruangan kad lukisan sand art. Kreativiti mereka dapat dilihat melalui cara pemilihan warna untuk menghasilkan sebuah karakter yang lebih 'hidup' berbanding lukisan asalnya.

Penggunaan warna mengikut tona warna yang pelbagai akan menghasilkan ilusi yang lebih menarik, sekali gus dapat mengasah kemahiran dan kreativiti mereka dalam menghasilkan sebuah sand art yang menarik.

3. Bereksperimentasi Secara Hands-On

Tidak dinafikan bahawa aktiviti sand art ini merupakan sebuah aktiviti yang menyeronokkan bagi anak-anak. Melalui aktiviti ini juga, ia dapat mengajar anak-anak untuk menikmati proses mencipta sesuatu yang berbeza, dan melihat sendiri hasilnya. Bereksperimentasi secara hands-on sebegini adalah sangat bagus untuk anak-anak tau!

Dengan ini, anak-anak juga akan menunjukkan rasa puas dan bangga terhadap hasil kerja mereka sendiri. Seperti biasa apabila mereka happy, Mommies & Daddies pun pasti turut happy sama.

Sebenarnya, tak perlu pun aktiviti mahal-mahal untuk buktikan kasih sayang kita terhadap anak-anak. Beri sahaja aktiviti sand art untuk menemani mereka berkarya pun sudah memadai.

Marilah Dapatkan Aktiviti Sand Art Bersama Kidsteractive, Sand Art Supplier Malaysia yang Terbaik!

Sekarang, Mommies & Daddies dah dapat gambaran kan bagaimana sand art bantu mengasah kreativiti anak-anak? Kami yakin, Mommies & Daddies pun pasti teruja untuk mulai mengasah bakat anak-anak ke arah yang lebih kreatif selepas ini.

Jadi, Mommies & Daddies jangan tunggu lama-lama ya! Mommies & Daddies boleh dapatkan pelbagai koleksi sand art yang menarik mengikut kreativiti dan kesukaan anak-anak melalui beberapa platform e-commerce KidsterActive, sand art supplier Malaysia, seperti:

1) Website KidsterActive
2) Shopee KidsterActive

Mommies & Daddies boleh tonton video di bawah sebagai 'guide' untuk ajar anak-anak nanti. Bila lihat hasilnya yang cantik dan kemas, memang memberi kepuasan kepada anak-anak dan mereka suka untuk buat lagi!

Nak Dapatkan Info Lanjut Tentang Kami?

Mommies & Daddies berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang sand art di KidsterActive? Ayuh hubungi kami di sini.

Sekiranya Mommies & Daddies ingin melihat pelbagai servis lain yang kami tawarkan, Mommies & Daddies boleh layari laman web KidsterActive hari ini juga. Jom cipta momen terbaik buat anak-anak, bersama KidsterActive!