Store exclusive services : High Quality(Strictquality inspection) Fast shipping(we shipwithin 24 hours)  Free Gift(Cute Gift Random send)
Sewa Bouncy Castle

Plan nak buat majlis hari jadi atau family day? Jom sewa bouncy castle di majlis uols untuk gembirakan anak-anak. Uols mesti nak anak-anak happy kan? Anak gembira ibu bapa pun senang hati.

Jadi, apa kata uols dapatkan servis sewa bouncy castle di KidsterActive. Amy pasti moment indah dapat dicipta bersama anak-anak.

Sewa bouncy castle

Mengapa Perlu Sewa Bouncy Castle di KidsterActive?

Sewa bouncy castle

1. Tawaran Harga Sewa Bouncy Castle yang Berpatutan

Uols kalau nak sewa bouncy castle mesti risau dengan bajet kan? Amy syorkan uols dapatkan sewa sahaja di KidsterActive. Dengan KidsterActive ni, uols tak perlu risau tentang harga.

Kenapa Amy kata tak perlu risau?

Sebab KidsterActive menawarkan khidmat sewa bouncy castle serendah RM350 sahaja. Dengan harga sebegini uols dah dapat cipta kenangan indah dengan anak-anak dan tetamu.

2. Mood Majlis Lebih Ceria dan Meriah

Betul ke kalau uols sewa bouncy castle, mood majlis lebih ceria? Mestilah betul, sebab bouncy castle menambahkan keceriaan untuk anak-anak sewaktu majlis.

Bukan anak-anak sahaja yang seronok, malahan tetamu pun happy sebab anak mereka ada aktiviti yang boleh dilakukan untuk menghilangkan bosan.

Secara tidak langsung, majlis uols bukan sekadar untuk makan-makan je. Akan tetapi, uols dapat menghidupkan suasana majlis dengan bouncy castle. Keceriaan anak-anak bermain bouncy castle memberikan kesenangan di hati ibu bapa.

3. Anak-anak Tidak Tertumpu pada Telefon Pintar/Gajet

Anak-anak sekarang lebih minat menggunakan telefon pintar atau gajet berbanding melakukan aktiviti fizikal.

Amy faham ibu bapa yang mengalami kesibukan bekerja terpaksa memberikan telefon pintar atau gajet kepada anak-anak supaya mereka tidak meragam dan menangis.

Namun, kesan jangka panjangnya tidak begitu baik untuk perkembangan anak-anak. Justeru, dengan menyewa bouncy castle sudah pastinya dapat menggalakkan anak-anak melompat dan bermain. Hal ini sangat baik untuk pertumbuhan fizikal mereka.

Selain itu, mereka juga dapat berkenalan dengan rakan lain secara fizikal ketika bermain bersama.

Bagaimana Bouncy Castle Menceriakan atau Memeriahkan Majlis?

Bagi segelintir tetamu yang telah bergelar ibu bapa, kalau nak hadir sesuatu majlis tu, mereka jadi runsing nak bawa anak-anak. Kenapa runsing?

Ibu Bapa Runsing Sekiranya Anak-anak Kebosanan

Sebenarnya, ibu bapa ni runsing kalau anak-anak mereka cepat bosan dan mula meragam di majlis tersebut. Jadi, mereka perlu makan cepat-cepat sebab anak-anak dah ajak balik. Uols pun mesti pernah lalui betul tak? Sampai tak sempatlah nak berborak dengan tetamu, kan?

Sebagai penyelesaiannya, uols sebagai tuan rumah perlu dapatkan bouncy castle di KidsterActive.

Dengan adanya bouncy castle ni, uols dah tak perlu runsing. Kenapa Amy kata tak perlu runsing?

Yelah, sebab anak-anak dah ada tempat untuk bermain. Mereka akan ralit bermain bouncy castle bersama kawan-kawan.

Jadi, uols pun dapat luangkan waktu dengan tetamu lebih lama kat majlis tu. Macam-macam topik uols boleh borak dengan tetamu. Anak-anak pun dah ralit melompat ceria dengan bouncy castle tu.

Bukan itu sahaja, tetamu uols pun dapat makan juadah dengan tenang. Tak payah runsing dengan anak nak ajak balik cepat.

Memang terbukti kan sewa bouncy castle dapat menceriakan majlis?

KidsterActive Menawarkan Sewa Bouncy Castle yang Menarik

Sewa bouncy castle

Buat pengetahuan uols, KidsterActive merupakan syarikat yang menawarkan khidmat sewa bouncy castle paling dipercayai. Dah ramai yang menggunakan khidmat syarikat kami.

KidsterActive juga menawarkan pelbagai jenis bouncy castle yang menarik. Selain itu, terdapat pelbagai kategori untuk bermain setiap bouncy castle di syarikat kami. 

Jadi, uols boleh pilih bouncy castle mengikut citarasa dan tempat event yang akan diadakan. Antara jenis bouncy castle mengikut kategori cara bermain yang ditawarkan adalah seperti:

1. Dry Castle

  • Dry castle bersesuaian untuk digunakan di halaman rumah, padang atau event indoor dan outdoor. Bouncy castle yang sesuai untuk dry castle adalah seperti Frozen Bouncer, Pirate Castle, Princess Castle, Funtasy Run dan Clown Football.

2. Dry & Wet Slide 

  • Selain itu, dry & wet slide pula bersesuaian untuk digunakan di tepi kolam. Uols juga boleh bermain secara dry di laman rumah atau tembak je air supaya permukaan laman menjadi licin.
  • Bagi kategori ini, uols boleh dapatkan bouncy castle seperti Fun Slide, Jungle Island, Aqua Pirate dan Max Adventure.

3. Slide with Pool

  • Slide with pool pula bersesuaian untuk rumah uols yang tidak mempunyai kolam. Jadi, anak-anak dapatlah merasa slide into pool. Bouncy castle untuk slide with pool adalah Fun Slide with Pool dan Sunny Pool Slide.

4. Premium Inflatable

  • Premium inflatable merupakan inflatable yang cantik, besar dan rendah. Kategori ini sesuai untuk event secara indoor sahaja seperti di mall atau ballroom hotel.

5. Adult Inflatable

  • Adult inflatable pula khusus untuk orang dewasa sahaja. Kategori ini sesuai kalau uols nak buat team building atau untuk tarikan di karnival. Bouncy castle bagi kategori ini adalah seperti Rodeo Ride, Rock Climbing, Bungee Run, Sticky Wall dan banyak lagi.

Jadi, uols boleh dapatkan mengikut bajet yang uols nak dan pilih bouncy castle yang sesuai dengan tempat event uols.

KidsterActive akan bantu uols untuk mendapatkan bouncy castle yang terbaik. KidsterActive menjamin kepuasan hati dan kepercayaan terhadap pelanggan.

Ingin Tahu Lebih Lanjut Tentang Servis Kami?

Uols berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sewa bouncy castle di KidsterActive? Klik di sini untuk lihat pakej yang disediakan. Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi KidsterActive di sini.

Jika uols nak lihat pelbagai servis lain yang ditawarkan, boleh layari laman web KidsterActive.