
Para event organizer masih buntu mencari elemen daya tarikan event ke tu? Project manager pula nak sasarkan ramai pengunjung yang datang. Haihhh, makin stress bila difikirkan! Tapi kami ada satu saranan buat anda... Apa kata anda dapatkan terus khidmat sewa maskot Puchong daripada KidsterActive?
Bayangkan sahaja kehadiran maskot yang comel-comel di event tersebut, pasti lebih ramai pengunjung akan berkerumun keterujaan kerana dapat bertemu kartun kesukaan mereka secara live! Nanti, bolehlah mereka bergambar bersama maskot tersebut, dan secara tidak langsung membantu memeriahkan lagi event tersebut. Tak gitu?
Pssst, bukan itu aje! Sewa maskot Puchong ini tidak terhad kepada event di daerah Puchong semata-mata, malahan di seluruh dunia juga tau... Nak tahu lebih lanjut? Ha, pastikan anda baca perkongsian kami sehingga habis ya.
Event Apa yang Sesuai untuk Sewa Maskot Puchong ni?
Bagi anda yang bertanya event apa yang sesuai untuk sewa maskot ini, mari kami senaraikan antara event-event yang bersesuaian.
1. Majlis Rumah Terbuka
Maskot Didi & Friends untuk majlis rumah terbuka di Setia Alam Welcome Centre
Untuk pengetahuan anda, pada 7 May 2023 yang lalu, maskot Didi & Friends telah pun memeriahkan dua buah event rumah terbuka sambutan Hari Raya Aidilfitri di Setia Alam Welcome Centre dan di Eco Grandeur, Puncak Alam.
Bila dah ada maskot comel Didi & Friends ni, sudah pasti keriangan akan dirasai oleh para pengunjung rumah terbuka anda. Bukan anak-anak je yang gembira, malah Mommies & Daddies pun turut berhibur bersama!
2. Roadshow di Pusat Beli-belah

Maskot Didi & Friends juga pernah tampil bersama Astro untuk dekati peminat kartun Didi & Friends secara live tau! Event yang diadakan ini bertempat di pusat beli-belah KLCC dan di Central i-City, Shah Alam. Lihat sahaja crowd yang hadir tu... Ha, taknak ke event anda meriah macam tu juga? Hehe..
3. Festival Dagangan | Sewa Maskot Puchong

Kalau anda dalam perancangan untuk melaksanakan sebarang festival dagangan pun amat digalakkan untuk sewa maskot ya. Ia sememangnya membantu menarik lebih ramai pengunjung ke event anda!
Salah satu event festival dagangan yang sewa maskot Didi & Friends ini adalah Kamya Fest yang telah berlangsung pada 10, 11, 12 Februari 2023 yang lalu. Kalau nak event bertambah meriah, pastikan anda sewa maskot bersama KidsterActive, okay?
Ish, Takkan Itu Aje? Apa Lagi Event yang Sesuai untuk Sewa Maskot Puchong?
Eh sabar, jangan marah marah! Sebenarnya, banyak lagi event yang sesuai untuk sewa maskot daripada KidsterActive tau... Di bawah ini ada kami senaraikan dengan lebih lanjut:
- Majlis pelancaran produk
- Hari keluarga
- Karnival sukan
- Karnival hari kemerdekaan
- Hari kanak-kanak
Ehhh, Maskot Didi & Friends Aje Ke yang Ada?
Ehhh, mestilah tak! KidsterActive juga ada menawarkan pelbagai pilihan mascot with talent untuk event anda semua.
Sebagai contoh, maskot Kungfu Tiger, Hello Kitty, Panda, Cookie Monster dan Spiderman (tertakluk kepada availability). Ha, nanti bolehlah anda pilih mengikut mana yang berkenan di hati. Semuanya menarik-menarik belaka!

Nak Sewa Maskot Puchong?
Sekarang anda mesti dah tahu nak pilih maskot yang mana, kan? Jadi, buatlah pilihan bijak dengan mendapatkan khidmat sewa maskot daripada KidsterActive.
Kami di KidsterActive boleh membantu anda terutama bagi yang berada di kawasan Malaysia, Singapura, Brunei mahupun di seluruh dunia!
Kalau nak tarik lebih ramai pengunjung ke event anda dengan kehadiran mascot with talent yang comel-comel ni, pastikan anda book slot sekarang sebelum ia dikebas oleh event organizer yang lain ya...
Info Lanjut Tentang KidsterActive
Anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sewa maskot Puchong KidsterActive? Ayuh hubungi KidsterActive di sini.
Jika anda ingin melihat pelbagai servis lain yang kami tawarkan pula, anda boleh layari laman web KidsterActive. Jom cipta momen terbaik bersama KidsterActive!