Store exclusive services : High Quality(Strictquality inspection) Fast shipping(we shipwithin 24 hours)  Free Gift(Cute Gift Random send)
Art And Crafts Tadika Membina Kreativiti Anak Anda

Adakah anda mempunyai anak kecil yang sedang belajar di tadika? Jika ya, izinkan kami di KidsterActive untuk mencadangkan beberapa aktiviti Art and Crafts tadika bagi membantu meningkatkan kreativiti semula jadi anak anda.

Dengan menyatukan aktiviti-aktiviti ini ke dalam masa lapang anak-anak tatkala cuti sekolah atau hujung minggu, ia boleh membantu mereka memperoleh pelbagai faedah pembelajaran yang lebih menyeronokkan secara kreatif!

Sebagai ibu bapa, adalah penting untuk kita mendorong anak-anak meluaskan kreativiti mereka dalam bidang kraf dan seni, kerana ia memainkan peranan yang penting dalam proses perkembangan otak. Disebabkan itulah, kami sangat menyokong aktiviti Art and Crafts tadika ini untuk diberikan kepada mereka tau!

Aktiviti Art and Crafts Tadika Mempunyai Pelbagai Kelebihan

Art and crafts tadika

Kanak-kanak yang kreatif berkebolehan untuk mendatangkan manfaat bukan sahaja buat diri sendiri, malahan untuk persekitaran mereka sekali gus. Nak tahu apa kelebihan kanak-kanak yang kreatif? Ha, mari kami senaraikan!

1. Keupayaan untuk menyelesaikan masalah secara kreatif - Keupayaan mereka untuk berfikir melangkaui penyelesaian konvensional dan mencipta penyelesaian yang inovatif ini membolehkan mereka menangani cabaran yang paling kompleks dengan berkesan.

2. Pemilikan tahap kreativiti dan imaginasi yang unggul - Kanak-kanak sedemikian mampu menghasilkan pelbagai konsep inovatif untuk menyampaikan pemikiran mereka, menangani cabaran, atau menghasilkan bentuk ekspresi artistik yang luar biasa.

Wahhh, Banyaknya Produk Art and Crafts Tadika yang Ditawarkan di KidsterActive!

Kalau ada ibu bapa yang mula berminat nak dapatkan aktiviti art and crafts tadika buat anak-anak, pastikan anda dapatkan bersama KidsterActive ya! Terdapat banyak yang boleh anda pilih seperti senarai kami di bawah.

1. Batik Painting

Art and crafts tadika

KidsterActive mempunyai aktiviti lukisan batik di mana anak anda boleh menggunakan alat pewarna dan berus khas untuk tujuan mewarna.

Kanak-kanak boleh berseronok mewarna batik mini ini di rumah sahaja tau! Di samping mempelajari pelbagai jenis warna, ia juga boleh digantung di dinding bilik anak anda sejurus siap nanti. Kami yakin, anak-anak pasti akan berasa bangga dengan apa yang telah mereka hasilkan.

Di KidsterActive, kami turut menawarkan pelbagai jenis design lukisan batik yang menarik termasuklah design yang berasakan Malaysia, untuk dipilih oleh anak-anak. Antaranya lukisan yang ada adalah seperti, rama-rama, kuda kepang, bunga Rafflesia, wau, rumah kampung, monyet proboscis, penyu dan banyak lagi.

Batik Painting ini cukup terkenal dan disukai ramai sehingga mendapat pesanan daripada komuniti Melayu di Australia, untuk program Malaysian week di sana. Mereka telah menempah set batik painting ini untuk diberikan kepada kanak-kanak dan jiran-jiran, dengan tujuan memperkenalkan negara Malaysia.

Tak cukup dengan itu, produk ini juga turut mendapat sambutan daripada sebuah syarikat yang mempunyai banyak cawangan di serata dunia! Syarikat tersebut telah menghadiahkan set batik painting ini kepada setiap cawangan bagi tujuan yang sama, iaitu memperkenalkan budaya Malaysia di mata dunia. Menarik kan? 

Ha sambil-sambil berfikir nak beli yang mana satu, jemput tengok juga video tutorial kami ini ya! Confirm anak-anak makin teruja...
 

2. 3D Zoo Animal Key Hanger

Kit aktiviti ini memberi peluang kepada anak-anak untuk melibatkan diri dalam proses kreatif dan artistik melukis dan mewarna.

3D Zoo Animal Key Hanger ini dilengkapi sepenuhnya dengan semua bahan yang diperlukan, termasuklah warna, berus, gam, dan juga wiggle eyes. Ia boleh membantu menghidupkan imaginasi anak-anak dengan cara yang elegan dan canggih!

Selepas siap, ia bolehlah digunakan untuk menyangkut kunci rumah atau kereta. Dengan harganya yang serendah RM10 sahaja, memang sangat berbaloi dan bermanfaat untuk kedua-dua anak dan ibu bapa.

3. Suncatcher Board Painting Kit

 

 

Bukan itu sahaja, KidsterActive juga mempunyai kit yang menyeronokkan untuk anak-anak mewarna pada papan khas. Kalau ibu bapa nak tahu, anak-anak yang berumur tiga tahun pun boleh melakukan aktiviti Art and Crafts ini tau!

Papan suncatcher yang dilengkapi dengan warna dan berus ini, hadir dengan harga serendah RM8.90 sahaja. Papan suncatcher ini juga direka dengan pelbagai corak menarik yang boleh dipilih mengikut keinginan dan kesukaan anak-anak. Saranan kami, biarkan aje anak-anak pilih 2-3 papan suncatcher terus! Hehe...

Nak Dapatkan Kit Art and Crafts KidsterActive?

Kepada para ibu bapa yang sudah berniat untuk dapatkan set art and crafts daripada kami, pastikan anda klik di sini untuk melihat katalog penuh.

Kepada yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang art and crafts tadika ini pula, pastikan anda hubungi KidsterActive di talian WhatsApp, +60 16-207 7609.

Jika anda ingin melihat pelbagai servis atau produk lain yang kami tawarkan, ayuh layari laman web KidsterActive hari ini juga!